no lar


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 15, 2013

Apa? Moto Guzzi Kembali Ke Malaysia?


Pada peminat motor ala-ala Cafe Racer, masa yang ditunggu2 telah tiba. Moto Guzzi kembali mengegarkan Malaysia.



Bole dikatakan sejak 3-4tahun kebelakangan ini trend motosikal Cafe Racer telah kembali menjadi demam pada pecinta motorsikal klasik.


Demam Cafe Racer ini bermula di negara matahari terbit Jepun. Dimana anak-anak muda dinegara tersebut kembali customkan motor2 lama seperti Moto Guzzi, Triumph, Yamaha, Honda dan pelbagai lagi,



Kegilaan Cafe Racer ini terus berkembang ke United Kingdom, Amerika dan kini ianya telah menjadi igauan pada peminat-peminat motor di Malaysia.


Bila saya dimaklumkan Moto Guzzi telah kembali ke Malaysia punya lar terharu. Ramai tanya best ker, lawa ker, sempoy ker.. sahabat2 nilaikan sendiri..



Moto Guzzi dari Itali kini sudah pun berada di pasaran Malaysia melalui wakil pengedar tunggalnya, SMS Autoworld Sdn Bhd. Bilik pameran Moto Guzzi yang baru dibuka kini berada di alamat Lot 6A, Jalan Pensyarah U1/28, Glenmarie 8 Business Park, Shah Alam. 


Apa yang menarik hati saya adalah anak-anak muda dibelakang syarikat ini. dikala ramai anak muda pada usia seperti mereka masih melepak dan mengabis waktu melancong, Anak-anak muda ni mengambil cabaran untuk masuk dalam perniagaan yang mencabar ini dimana rata-rata  perniagaan motosikal dimonopoli oleh rakan2 cina kita. Siapa anak2 muda ini?


Nak tau siapa? Tunggu artikel yang akan datang, apa-apa pun jutaan tahniah pada semangat mereka untuk menceburi bidang perniagaan motosikal ini....Pssssssttttt lill Bro, leh dapat discount tak atau pinjam dalam 1bulan test ride leh promote kat kengkawan lain..heheheheheh





Buat masa ini sebanyak 10 model diperkenalkan dalam pelbagai bentuk dan genre seperti V7 Stone, V7 Classic, V7 Special, V7 Racer, Nevada Classic 750, Griso 1200 8V SE, 1200 Sport 8V, Stelvio 1200 NTX 8V, termasuk model paling istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-90 Moto Guzzi iaitu California Aniversario 90. Harga yang ditawarkan untuk kesemua model berada dalam lingkungan RM71,000.00 sehingga RM120,000.00.

Mengikut sejarah, Syarikat Societa Anonima Moto Guzzi (Moto Guzzi) mula didaftarkan di Genoa, Itali pada tahun 1921, secara rasminya ditubuhkan oleh dua orang juruterbang, Giovanni Ravelli dan Giorgio Parodi serta seorang mekanik, Carlo Guzzi. Jika anda berminat dengan jenama Moto Guzzi, anda boleh layari laman Facebook Moto Guzzi Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Peace bro, lets ride for unity with Suara Anak Muda 1Malaysia

1 comment: